Your Cart
Loading

Kami kahwin umur 23 tahun. Kami tak kahwin muda, kami kahwin sedia.

Umur 18, saya join kelas kahwin di kolej - ubah cara saya pandang cinta.


Cinta = kahwin.


Ia jalan bermakna yang mendewasakan, bukan jalan melayan nafsu saja.


Between 18 dan 23 (5 tahun), saya sibukkan diri dengan:


  • belajar dan aktiviti universiti
  • hang out dengan kawan-kawan yang membina diri
  • invest time/money untuk belajar agama
  • travel sana sini sekadar mampu

Dalam masa sama, saya usaha cari calon sesuai.


Saya dah set yang saya nak cari isteri, bukan girlfriend.


Bukan itu saja, saya nak cari isteri yang mempunyai ciri-ciri keibuaan untuk future children saya.


Apabila jelas apa anda nak, maka jelas juga tempat-tempat yang anda boleh cari.


Saya lazimi program-program bermanfaat seperti kelas, seminar, konferens, dan retreats untuk timba ilmu dan luaskan networking.


Fokusnya adalah mencari calon di tempat-tempat yang tinggi kebarangkalian akan jumpa dia.


Apabila berkenan, terus approach untuk taaruf - no dating or foya-foya required.


Saya guna kaedah taaruf yang lebih berstruktur dan berfokus. Perbincangan dibuat secara mesra, tapi professional dan menghormati boundaries.


Kami taaruf guna Skype waktu tu. Guna 100 premarital questions sebagai guide. Ada orang ketiga untuk supervise perbincangan.


Taaruf beberapa bulan.


Dua-dua keluarga dah jumpa.


Istikharah dah green light.


Negotiate untuk dapat walimah terbaik ikut kemampuan.


Lepas tu...


Kahwin!

Perjuangan saya

Tak dinafikan, dunia ini ada banyak masalah.


Bagi saya, masalah yang saya ingin fokuskan perhatian, masa, tenaga, dan emosi saya adalah masalah perkahwinan dan kekeluargaan.


Atas sebab itu, saya usahakan untuk menjadi kaunselor berdaftar yang fokus kepada isu perkahwinan dan kekeluargaan.


Dalam masa yang sama, saya juga memberanikan diri menjadi taaruf coach untuk membantu mereka yang single bersiap sedia dan memudahkan jalan untuk mereka berkahwin dengan cara betul.


Di situlah munculnya Akademi Jodoh, tempat anda berada sekarang.


Moga Allah terima.


Aiman Azlan

Kaunselor Berdaftar & Taaruf Coach

Kangar, Perlis

5 Feb 2026